Sunday, August 24, 2008

Najib Vs. SD Hindu

Pastinya satu Malaysia akan heboh dalam beberapa hari akan datang apabila ada satu lagi Statutory Declaration telah dibuat oleh Thagarajoo A/L Thangavelu, seorang yang mengaku bekas pemandu Datuk K.S Nallakaruppan, pada tarikh yang sama TPM kita bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu di Permatang Pauh pada 22 Ogos lalu, mengatakan bahawa TPM kita dan isteri perform Hindu prayers and rituals. Keterangan lanjut sila rujuk; http://malaysia-today.net/2008/content/view/11688/84

Saturday, August 23, 2008

Syabas Pak Lah..

Apabila Perdana Menteri merasai azab dan ketidakselesaan meniki komuter dari stesen Serdang ke KL Central dan seterusnya menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek sekitar jam 9 pagi 21 Ogos lalu, maka serta merta beliau mengarahkan pihak yang mengendalikan komuter dan LRT agar membaiki tahap perkhidmatan yang diberikan. Dalam kata lain , beliau mahu perkhidmatan tersebut cekap dan tidak membebankan pengguna dari segi tidak padat seperti ikan sardin, menepati masa dan pengguna berpuas hati dengan perkhidmatanyang diberikan.

Saya tabik kepada Pak Lah atas kesudian beliau turun padang. Alangkah baiknya semua menteri yang diamanahkan dengan tanggungjawab masing-masing turun meninjau permasalah rakyat seperti Pak Lah lakukan. Tidak perlu protokol dan sewaktu dengannya. Jika kerap dilakukan, saya yakin tiada rakyat yang waras akan menukarkan kepimpinan yang sedia ada.

Masalahnya sekarang, pemimpin hanya menjenguk rakyat pada masa yang tertentu sahaja. Pilihan raya misalnya. Rakyat menilai bukan sekadar melihat kewibawaan, tapi hubungan dengan rakyat. Sosial, kata Saiful Apek.

Saya mengharapkan lebih banyak lagi menteri yang akan "turun padang" selepas ini. Banyak lagi permasalahan rakyat yang "orang atas" tidak mengetahui dan mengalaminya. Antaranya betapa sukar nak menemui teksi yang menggunakan meter di Kuala Lumpur, betapa azabnya memohon pinjaman peribadi di bank-bank, betapa lamanya masa yang perlu dibuangkan jika pergi ke hospital kerajaan untuk menunggu giliran, dan banyak lagi. Siapalah rakyat untuk mengubah semuanya tanpa restu kerajaan...

Pix by BERNAMA

Argentina Wins gold

Akhirnya emas Olimpik Beijing jadi milik Argentina setelah menewaskan Nigeria 1-0. Pertemuan seolah babak ulangan Olimpik Atlanta 1996, di mana Neigeria pada ketika itu berjaya merangkul pingat emas setelah mengalahkan Argentina 3-2, dan merangkul pingat perak. Juara dunia banyak kali, Brazil, kekal mempertahankan pingat gangsa, sama seperti di Atlanta 1996. Nigeria carried out the first attack on goal when Peter Odemwingie fancied his chances and attempted a long-range shot in the sixth minute. The ball skidded through Argentina's defensive wall, but the Argentine goalkeeper, Sergio Romero, was equal to the task. Four minutes later, Argentine captain Juan Riquelme received a free kick from near the arc, but the ball sailed harmlessly over the bar.

Nigeria focused on defending against Argentine playmakers Lionel Messi and Riquelme, ensuring that Argentina had no chance to launch an attack on goal in the opening minutes of the first half. Argentina appealed for a penalty when Messi was felled in the box 21 minutes into the game, but the referee let it go. Nigeria looked threatening in the 35th minute when Odemwingie whipped the ball across the face of the box, but the ball bounced off the unprepared Nigerian captain Promise Isaac.

Argentina also tried hard to break the deadlock but it was to no avail. Argentine midfielder Fernando Gago chipped the ball to Sergio Aguero in the 37th minute, but Aguero's tame header was easily stopped by Nigerian goalkeeper Ambruse Vanzekin. In the closing minutes of the first half, Argentine midfielder Angel Di Maria unleashed a great long-range shot that forced Vanzekin to make a diving leap to his right and tip the ball behind the line. Messi started well in the second half, squeezing a shot towards goal but Vanzekin punched the ball away.

The winning goal came only eight minutes later when Messi found an unmarked Di Maria who calmly chipped the ball over the fast-approaching Vanzekin and into the back of the net. Nigeria almost snatched an equalizer when the ball bounced off Isaac's toes in front of goal. However, Romero quickly cleared the ball from danger. Nigeria had another chance to equalize when Victor Anichebe, who came on in the 64th minute, almost scored a goal with his first touch of the game. Romero, however, forced the Nigerian forward's shot to dribble past the post. Messi had a chance to double Argentina's lead in the 77th minute, but he was stopped by the Nigerian defense. Anchibe again had a great chance to score for Nigeria but a great diving save from Romero averted a disaster.

Pix by Getty Images.

Wang Mengalir Bagai Air...

Chief Minister Lim Guan Eng is disappointed that the Federal Government is only giving financial aid to mosques and suraus in Permatang Pauh. “They should give the aid to all mosques and suraus in the state. Lim was commenting on an announcement by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that RM100,000 would be given to each mosque and RM30,000 to each surau in the constituency. The Star 23 August 2008.

Bila membaca berita berkaitan kempen pilihan raya Permatang Pauh, khususnya yang melibatkan Barisan Nasional, pasti diakhiri dengan laporan "beliau menyataan demikian selepas menyerahkan /memberikan sumbangan....bla...bla...bla... Berdasarkan pengalaman peribadi jika pilihan raya kecil sama ada di peringkat DUN atau Parlimimen diadakan, pasti amat meriah dengan pelbagai sumbangan dan pemberian. Malah tidak dinafikan, jika jalan kampung rosak tar nya, pasti dalam tempoh itu juga akan diperbaiki dan diperbaharui.

Pilihan raya kecil peringkat DUN lagi meriah berbanding Parlimen ( tolak parlimen Permatang Pauh lah...) sebabnya kawasan DUN kecil berbanding parlimen. Maka segala bantuan akan datang mencurah-curah...Ingat tak lagi kisah DUN Ijok dulu. Meriah...

TPM Pun Bersumpah.

Akhbar Utusan Malaysia 23 Ogos 2008 menyiarkan berita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah di hadapan jemaah Masjid Guar Perahu, bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya. Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Selepas membaca Utusan Online sesudah subuh tadi fikiran asyik bertanya, kenapa TPM perlu bersumpah berhubung isu tersebut. Mungkin beliau ada prinsip yang harus dipertahankan. Apa-apa jua, saya tetap dengan pendirian saya bahawa apa-apa jua isu berkaitan sumpah, lebih-lebih lagi yang melibatkan kita dengan Tuhan Yang Maha Perkasa, biarlah antara diri kita dengan Tuhan sahaja. Bila melibatkan media, maka pelbagai "resipi" baharu akan muncul. Jika tidak percaya tunggulah selepas ini...

Pix by AP

Alahai Avril Lavigne...

Canadian rock star Avril Lavigne will be performing in Kuala Lumpur after all. The final decision, after a week of uncertainty, was made at a meeting of senior officials from the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry yesterday. The organiser, Galaxy Group, obtained its permit last evening to stage the concert at Stadium Merdeka on Aug 29, sources said. The Star 23 August 2008.

Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Shafie Apdal said that the concert falls during the nation's independence period and was not a suitable time to hold such a concert. There are a lot of events on Aug 29 and the Ministry does not want the independence and the near Ramadan month to be filled with such pop and rock culture, he said. "As the Minister of Unity, Culture, Arts and Heritage, we should be instilling good culture in the young but here we are allowing other parties to organise things," he said Wednesday after launching the IDeAS for enhancing Integrity book. (The Star 20 August 2008).

Kekadang saya hanya mampu tersenum bila mengetahui bahawa sesuatu perkara di Malaysia ini mudah berubah tanpa alasan yang munasabah atau kongkrit. Dalam kes di atas, secara peribadi saya tidak membantah jika konsert itu diteruskan memandangkan masyarakat di negara ini adalah berbilang kaum. Siapa yang hendak menyaksikan konsert maka haruslah membayar tiket yang pastinya mahal harganya.

Cuma, kenapa hampir setiap tahun situasi yang sama berlaku? Semua rakyat Malaysia tahu menjelang 31 Ogos adalah sambutan ulang tahun kemerdekaan. Malangnya, setiap tahun perkara yang sama dan berulang berlaku, iaitu menjelang 31 Ogoos pasti akan ada konsert dan penyanyinya dibawa dari Barat. Persoalannya kenapa pihak yang berkaitan tidak sensitif dengan hal seumpama ini? Tidak perlulah saya beritahu di sini bahawa dalam setahun ada 12 bulan dan kenapa bulan Ogos yang menjadi pilihan untuk konsert tersebut. Secara jujurnya saya memang menunggu jika konsert solo Yngwie Malsteen dia dakan di Kuala Lumpur, tapi bukannya di bulan kemerdekaan atau sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya umat Islam.

Pix by Reuters.

Minyak Turun Barang Tetap Naik

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter, manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter.

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur dengan penurunan harga tersebut. Cuma, bila difikirkan secara mendalam penurunan harga tersebut pastinya tidak akan "merebak" kepada harga barangan lain yang sememangnya sudah naik sejak pengumuman kenaikan pada Jun lalu. Yang paling ketara, harga barangan tetap akan naik. Malah sewa rumah dan bilik di sekitar Kuala Lumpur juga mengalami kenaikan harga, walhal yang naik sebelum ini ialah harga minyak. Persoalannya, apakah daya rakyat untuk menyekat kenaikan jika tiada tindakan drastik di pihak kerajaan yang berkuasa? Untuk makluman, indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Julai lalu meningkat 8.5 berbanding 7.7 pada Jun lepas. Renungkanlah...

Pix by Bazuki Reuters