Saya meminati apa-apa jua yang berkaitan data dan fakta. Sejak mula bekerja, hal inilah yang diajar oleh sifu ketika itu. menulis biarlah ada data dan fakta. Jika tidak dalam mood menulis (seperti skrg) jangan menulis. Tapi sekadar nak berkongsi maka saya menulis sedikit sekadar untuk tatapan semua.
Fight for your opinions, but do not believe that they contain the whole truth, or the only truth. Risk! Risk anything! Care no more for the opinions of others, for those voices. Do the hardest thing on earth for you. Act for yourself. Face the truth.
Tuesday, December 20, 2011
SBPA Lampiran C Perguruan
Ini adalah sebahagian jadual C yang mungkin bocor di alam maya. Jadual ini adalah untuk gred perguruan. Jelas kita lihat disini bahawa kenaikan tahunan yang diwar-warkan sebagai hebat dan besar mencecah RM300 lebih sebulan adalah untuk mereka yang hanya digred di atas sahaja. Mereka yang di gred bawahan, hanya menerima kenaikan RM80 sahaja. Pada dasarnya tidak jauh beza dengan skim terdahulu, cuma perbezaan paling ketara angka yang besar, yakni sesuai dengan kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang sentiasa naik sekarang.
Khabar Gembira & Duka SBPA
Umum mengetahui, bila bercakap soal kepimpinan, kita dinasihati agar dengar-dengar dan pandang-pandang. Kalau budak menyampuk tatkala orang tua sedang bersembang, budak akan dimarahi. Jika itu budak taulah kita. Memang wajar pun. Tapi kalau orang dewasa yang dah terlebih akil baligh memberikan pandangan dalam isu berkaitan orang dewasa apakah hukuman yang akan diperolehinya?
Kerap didengar, gunakan saluran yang betul ddalam semua dan banyak perkara. Namun, amat dikesali. Saluran yang diharapkan tidak menjadi, dan akibatnya yang 'tidak menggunakan saluran yang betul' akan dihukum dan diadili dan diakhiri dijatuhkan hukuman.
Seharian tadi, secara sukarela mendengar taklimat berkaitan perkeliling baharu yang kecoh kalangan penjawat awam sekarang. Niat pertama untuk hadir ialah untuk melihat Lampiran C yang akan menyentuh hal berkaitan kenaikan gaji. Secara jujurnya, tidak mendengar tadi pun tidak akan mendatangkan masalah sebabnya perkeliling asal sudah dikeluarkan oleh pihak JPA. Kehadiran secara sukarela tadi adalah untuk mendengar secara telus berhubung perkeliling dan opsyen yang akan diberikan.
Usai setelah 2 jam, rupanya banyak juga benda berkaitan perkeliling ini yang tidak menyenangkan pihak yang mendengar. Antaranya yang boleh disimpulkan kepada semuanya ialah perkeliling dan skim perkhidmatan yang baharu ini hanya menguntungkan pihak yang lebih atas.
Persoalan yang ditanya kebanyak pekerja ialah, adakah kejayaan sesuatu diprojek atau operasi di pejabat kerajaan hasil 100% pekerja atasan? Begitu juga plan dimana yang menyertai swasta boleh masuk semula ke perkhidmatan kerajaan, adakah keistimewaan ini berlaku kepada yang bergelaqr pekerja kategori pelaksana? Sudah tentu tidak...keistimewaan iuni hanya untuk big boss yang si atas sana yang sudah mempunyai network yang kuat.
Mana mungkin seorang pekerja kategori pelaksana mahupun P&P diberikan keistimewaan seumpama itu jika tidak mempunyai kabel yang kuat. Seperkara yang paling pelik ialah kenapa pihak kongres perkhidmatan awam tidak diajak berbincang dan merangka skim perkhidmatan yang baharu ini. Khabarnya pihak berkenaan tidak berpuas hati dan meminta kakitangan awam untuk tidak menandatanganinya.
Pasti tidak ada kakitangan awam yang akan ikut saranan kesatuan, kerana barang siapa yang tidak menandatangani opsyen dan menghantar sebelum 30 Disember 2012, maka dia boleh diberhentikan perkhidmatan. Siapa yang berani berbuat demikian? Lainlah ayahku seorang yang mempunyai pendapat tahunan 250 juta Malaysia setahun.
Banyak pihak yang agak kecewa dengan penjelasan dan mendengar apa yang disebut sebagai taklimat tadi. namun, sebagai kakitangan awam, kami akur dan taat. Bukan kerana gaji semata-mata. Tapi kami ingin melihat Malaysia terus mantap dan maju dalam perkhidmatan awam dalam kelasnya yang tersendiri.

Monday, December 5, 2011
Mengundi Di Atmosfera
Beberapa minggu yang lalu, ada disiarkan dalam akhbar berhubung demo oleh warga Malaysia di luar negara kerana mereka tidak dibenarkan mengundi dalam setiap kali pilihan raya. Alasan yang diberikan, mereka tidak dibenarkan mengundi secara pos kerana berada lama di sesebuah negara. Hanya pegawai dan kakitangan kedutaan sahaja yang mengundi secara pos di luar negara. Bagi rakyat Malaysia yang lain, belum ada arahan atau dibolehkan berbuat demikian.
Pada saya dengan memandangkan perkembangan teknologi teknologi yang telah berkembang pesat pada hari ini, maka ada baiknya kerajaan yang ada sekarang menimbang semula akan perintaan rakyat Malaysia yang berada di luar negara ini untuk mengundi.
Hal ini kerana, jika di Russia, angkasawan mereka tetap menjalankan kewajipan mengundi walau tidak berada di planet Bumi, malah berada 350 dari planet Bum, maka adalah tidak munasabah rakyat Malaysia yang bertaburan di planet Bumi ini tidak dibenarkan mengundi. Tiada alasan untuk tidak melaksanakannya kerana hampir disetiap negara yang terdapat warga Malaysia, ada pejabat kedutaan kita di situ. Maka tidak salah jika tanggungjawab sekali untuk 5 tahun itu dilaksanakan oleh pihak keduataan demi negara tercinta.
Saya petik kenyataan berita seperti dibawah untuk renungan kita bersama. MOSCOW: Dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari ruang angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax. Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow. Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan.

Thursday, December 1, 2011
Bila Twitter Berbunyi...Airasia VS. MAB
Sejak beberapa malam ini, saya teruja untuk mengikuti perkembangan politik tanah air melalui tweeter. Dengannya, saya boleh mengetahui setiap perkembangan terkini hanya dengan mengikuti twitter pak menteri kerajaan, mahupun pak pembangkang.
Alhamdulillah, perkembangan teknologi memudahkan segala-galanya dan terpulanglah kepada pertimbangan kita seterusnya untuk menilai apa-apa jua segalanya, sama ada yang melibatkan isu politik mahupun isu lain.
Yang menarik perhatian saya dalam twitter pada malam ini ialah mengenai kegusaran, kebimbangan dan kemarahan amat sangat Tan Sri Tony, pelopor syarikat penerbangan murah Airasia, ahli lambaga pengarah penerbangan Malaysia dan pemilik pasukan Premire Legue QPR.
Ceritanya begini, Malaysia Airport Berhad (MAB), yang selama ini kerap kita dengar berhubung isu pembesaran Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) telah membuat keputusan untuk membina KLIA2 bagi menggantikan (LCCT). Hal ini sekaligus meningkatkan lagi kos pembinaan daripada RM2 bilion kepada RM3.9 bilion.
Hal ini tidak menyenangkan Tan Sri Tony, kerana menurutnya, beliau sedaya upaya untuk memberikan tambang yang murah untuk rakyat menggunakan perkhidmatan Airasia. Namun, bila kos membina KLIA2 meningkat, maka kos sewa yang akan dibayar oleh pihak Airasia kepad apihak MAB juga akan meningkat.
Logik dari segi akal, jika Airasia yang terpaksa membayar kos yang mahal sewa KLIA@, maka pihak Airasia yang akan bertapak di KLIA2, tidak akan ada pilihan lain selain masukan caj sewa tempat dalam harga tiket, dan seterusnya menaikkan harga tiket kapal terbang Airasia.
Itu yang membimbangkan Tan Sri Tony, sebab, menurut beliau, diakhirnya tambang murah Airasia hanya akan tinggal nama dan kenangan sahaja.
Bila memikirkan hal di atas, ada kebenaran juga hujah Tan Sri Tony. Pada masa yang sama, mungkin pihak MAB memikirkan kesan jangka panjang. Ada pro dan kontra berhubung hal ini.
Namun, jika rakyat yang menjadi keutamaan, kenapa harus tiket tambang murah berubah menjadi tiket mahal? Sudah pastinya masyarakat akan menghentam Airasia, banding MAB.
Akhir kalam, saya tidak mahu memberi jawapan atau pandangan. Terpulangkan kepada para pembaca untuk membuat keputusan sendiri siapakah yang benar dalam isu ini, Airasia atau MAB.
Saya hanya menulis untuk update blog ini sahaja. Yang jelas, nama saya zaid zaidel, dan saya bukan anti kerajaan Barisan Nasional atau parti pemerintah.
Bila Hak disekat...
Kali terakhir saya mengemaskini blog ini ialah pada awal September. Dan sekarang ialah awal Disember. Dalam tempoh 30 hari lagi, tahun 2011 akan berakhir dan kita akan menyambut tahun baharu 2012.
Terlalu banyak hendak ditulis bila hendak menulis. Rasa itu semestinya pernah dirasai oleh semua yang menulis. Berdasarkan dengan apa yang dibaca dan peristiwa yang berlaku di persekitaran, saya menjadi terikut sama untuk menyuarakan beberapa perkara yang seharusnya rakyat Malaysia wajar fahami dan maklumi.
Sebelum itu, saya ingin berkongsi satu cerita berkaitan pengalaman menonton cerita hindi bertajuk My Name Is Khan. Mungkin saya agak ketinggalan jauh untuk menyaksikan DVD tersebut kerana cerita tersebut sudah amat lama ditayangan di pawagam dan dijual di pasaran. Malah jika saya membeli DVD yang cetak rompak, sudah semestinya saya akan mendapat harga yang murah.
Namun, saya memilih membeli DVD yang asli atau ori, dengan maksud untuk melihat gambar yang berkualiti tinggi pada skrin LED, dan juga menikmati kualiti bunyi yang sebaiknya. Ternayata cerita itu menarik dan banyak pengajaran dan mesej yang disampaikan untuk direnungi bersama.
Jika pembaca hendak mengetahui selanjutnya jalan cerita tersebut, silalah membeli DVD yang dijual hanya RM21.22, di kedai Speedy Video.
Beberapa hari ini juga, kecoh di alam maya berkaitan keputusan kerajaan yang tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011. Secara peribadi, saya berpendapat tidak perlulah kerajaan yang menguasai parlimen membuat keputusan tergesa-gesa hanya untuk melaksanakan peraturan yang rata-ratanya seluruh komoniti rakyat tidak menyukainya. Orang yang arif dalam selok belok undang-undang, Majlis Peguam, turut sama mengadakan bantahan idak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011.
Rentetan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini bersemangat untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau lebih glamour dengan nama ISA, maka tindakan kerajaan berkobar-kobar untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan adalah tanda yang bertentangan.
Jika kita renung sejarah dunia, perhimpunan awam adalah senjata terakhir yang digunakan oleh rakyat untuk menyuarakan mereka terhadap bantahan berhubung apa-apa jua tindakan kerajaan yang pada penilaian rakyat tidak betul, tepat atau releven.
Hingga ke saat ini, perhimpunan awam masih diperaktikkan oleh rakyat di London untuk menyuarakan bantahan kepada kerajaan, selepas beberapa hasil perbincangan tidak berjaya.
Dalam kes di Malaysia, pada penilaian saya, adalah satu kesilapan besar bila kerajaan meluluskan rang undang-undang tersebut. Keadaan ini seolah kerajaan sudah terdesak untuk mempertahankan apa-apa yang tidak betul, yang menyebabkan rakyat bangun membuat bantahan.
Mungkin dalam soal keselamatan, jika wujud provokasi maka akan dijangka berlaku sesuatu yang tidak diingini. Rakyat perlu diberi peluang untuk bersuara, jika pemimpin yang mereka lantik tidak mampu bersuara, maka apa lagi pilihan rakyat?
Ada banyak sebab kenapa pemimpin tidak berani bersuara, walhal mereka dipilih oleh rakyat. Antaranya semua mengetahui bahawa bimbang tidak dipilih lagi sebagai ADUN atau AHLI PARLIMEN pada penggal seterusnya.
Jika pemimpin rakyat melaksanakan kehendak rakyat, saya yakin tidak akan wujud apa yang dinamakan perhimpunan awam. Rakyat menentang kerana menuntut penjelasan. Dan seperkara yang kita alpa ialah kita tidak diberitahu dimanakah saluran yang sebenarnya.
Hal yang paling ketara, misalnya, ialah bila berlaku tuntutan keperluan kebajikan rakyat, sudah dilapor kepada pihak JKM, tetapi tetap berbulan-bulan juga tidak ada perkembangan selanjutnya. Bila si permohon bertanya, masih dikatakan bersabar, dan seterusnya bila minta pertolongan Yang Berhormat, juga dikatakan salah guna kedudukan. Lantas si pemohon terus menjadi mangsa keadaan, dibiarkan sahaja sampailah jika pihak media mengetengahkan isu berkaitan di kaca televisyen, maka barulah akan ada tindakan secepat kilat. Itupun selepas diarah oleh pihak menteri. Beginilah contohnya apa yang telah berlaku. Masih belum terjawab lagi persoalan saya terdahulu tadi, dimanakah saluran yang sebenarnya?
Tuntutan baru rakyat pada zaman teknologi yang canggih ini tidak boleh disekat dengan mewujudkan peraturan yang tidak memberi ruang kepada rakyat bersuara.
Fasal 10 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan jelas tertera bahawa warga negara diberi hak untuk berhimpun. Perlembagaan adalah dokumen induk untuk rujukan wujud disesebuah negara bangsa. Tanpa perlembagaan tidak mungkin negara bangsa dapat diwujudkan. Kalau negara itu sebuah rumah maka perlembagaan ini adalah tiang seri yang menupang tegak terdirinya sebuah rumah.
Justeru rang undang-undang perhimpuan aman walau pun jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang telah diluluskan, dilihat oleh rakyat sebagai strategi untuk menyekat rakyat berkumpul bagi menyuarakan ketidakpuasahan mereka. Hal ini juga dilihat oleh pihak pembangkang sebagai senjata paling mudah untuk kerajaan mengawasi pihak pembangkang dan pihak yang cuba menentang kerajaan.
Kerugian jangka panjang bila kerajaan melaksanakan peraturan ini dan menguatkuasakannya ialah generasi muda milihat ini sebagai sekatan oleh pihak kerajaan yang melanggar hak asasi mereka untuk bersuara. Pada masa yang sama, parti kerajaan yang memerintah dikehendaki oleh Perdana Menteri sebagai pati yang mendakap demokrasi.
Yang kita tidak mahu ialah bila rakyat kerap disekat, dibimbangi rakyat akan memikirkan cara yang lebih agresif. Yang akhirnya akan meruntuhkan kerajaan yang sedia ada. Pengajaran telah berlaku jika kita renung di Mesir dan Libya, bila semua dikonkong oleh parti pemerintah.
Saya amat mengharapkan bila sesuatu yang telah diluluskan oleh kerajaan, boleh diubah semula pada masa terdekat. Ingin saya tegaskan sekali lagi, dengan memetik DVD yang saya telah ceritakan seperti di atas tadi, nama saya zaid zaidel, dan saya bukan anti kerajaan Barisan Nasional atau UMNO.
Saturday, September 3, 2011
Rumah Tertutup atau Rumah Terbuka?
Hari ini hari raya yang ke-4. Selama ini kita diberitahu sambutan raya paling minimun ialah 7 hari. Maknanya ada 3 hari lagi raya akan berakhir jika pengiraan itu digunakan. Isnin hadapan sekolah sudah bermula dan pastinya minggu yang sibuk dengan semua orang pergi bekerja dan bersekolah. Puratanya raya akan disambut 6 hari sahaja. Realitinya Syawal itu sebulan. Jadi kepada sesiapa yang nak beraya sebulan Syawal itu dipersilakanlah. Tidak ada siapa yang akan melarang atau memarahi anda untuk berbuat demikian.
Rumah Terbuka, istilah yang kerap kita dengan bila musim perayaan. Kekadang penulis tersenyum sorang bila membayangkan istilah tersebut bila menjelang aidilfitri. Apa tidaknya, jika benar kata orang tua dulu-dulu sambutan Aidilfitri itu 7 hari atau sebulan, kenapa istilah itu digunakan seolah sebagai "lesen" untuk masyaraka Islam di Malaysia yang menyambut Aidilfitri hanya membuka sehari sahaja rumahnya, yakni pada hari rumah terbuka, dalam tujuh hari (minimum)?
Itu belum lagi kalau kita ke rumah pemimpin yang hanya beraya satu hari sahaja, yakni pada hari rumah terbuka (ini menurut seorang kawan yang tinggal bersebelahan rumah yang bergelar YB). Nampak gayanya, kelaziman raya seperti pada zaman kanak-kanak dahulu kian kikis mengikut masa. Siapakah yang harus memberi perhatian akan hal seperti ini? Selamat Adilfitri, dan Maaf Zahir Batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)