Monday, June 2, 2008

Oziel Zinho Vs Zydeljr?

Anda berminat bermaiin alat muzik gitar? Pasti seronok jika bermain gitar sambil kita bermain irama yang kita suka, walau apa jua rentaknya. Jika seorang itu suka bermain gitar pasti nama seperti Yngwie Malsteen, Steve Vai, Jimmy Hendrix dan tak lupa seperti Man Kidal dan Hillary Ang pasti dikenali. Nama Zydeljr mungkin akan datang kot, dalam senarai tersebut...

Cuma saya ingin berkongsi maklumat kepada yang tidak tahu dalam kalangan yang meminati irami sentuhan gitar ni, ada seorang mamat dari Brazil, namanya Oziel Zinho. Boleh cuba buka dan cari di You Tube atau terus ke laman web mamat http://www.ozielzinho.com ni untuk dengar dan tengok sendiri akan kehebatannya bermain gitar secara speed.

Pada saya, kehadiran mamat ini memang akan memeriahkan lagi dunia sentuhan gitar planet Bumi. Walau pun begitu saya akag pelik kenapa dia tidak menerbitkan album solonya. Yang jelas teknik permainannya cukup kreatif. Rentak dan iramanya sememangnya sama seperti yang saya suka, hehehehe....

Ayat Nak Bercinta?

Anda berminat membaca novel? Jika ya, silalah pergi ke kedai buku berhampiran dan carilah novel bertajuk Ayat-ayat Cinta, hasil karya Habiburrahman.

Novel ini berkisah tentang perjalanan cinta dua anak manusia yang berbeza latar belakang dan budaya; satu mahasiswa Indonesia (Fahri) yang menangguk ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir dan seorang lagi siswi asal Jerman, kebetulan juga belajar di Mesir. Kisah cinta berputik semasa dalam sebuah perdebatan sengit (tentunya tentang Islam) di tren. Namun tidak hanya Aisha sahaja yang menyimpan rasa kagum dengan Fahri, Maria, gadis Mesir tetangga Fahri juga sama. Begitu juga dengan Noura, perawan malang warga Mesir yang diselamatkan Fahri dari kekejaman dan kerakusan ayahnya sendiri.

Kisah bergerak seputar perjalanan belajar tetapi pada masa sama kebijakan Fahri mengatur kehidupan seterusnya.Bijaknya penulis ini, beliau menggambarkan Mesir, saksi pembelajaran dan percintaan Fahri, gadis-gadis Mesir seperti asli. Beliau melukiskan bagaimana sekelompok mahasiswa Indonesia berdepan kesukaran belajar tetapi pada masa sama kerinduan melayan gelodak rasa anak muda dengan penuh sopan dan tertib.Itu barangkali tidak menghairankan kerana Habbirurahman sendiri pernah belajar di Mesir.

Menggunakan bahasa yang sederhana mengalir, penulis buku ini menggerakkan hidup insan dua budaya dengan bijak sekali. Begitu juga tentang cinta rentas budaya , Indonesia-Mesir, terutama dengan Maria dan Aisha, yang menjadi penganut Kristian yang setia sedangkan Fahri pengikut Islam yang taat. Dan di tengah-tengah kerancakan penerbitan novel cinta sedikit membuai dan melalaikan, membaca kisah cinta Islami sebegitu terasa begitu romantik, penuh suci dan tertib .

Karya Habiburrahman lain ialah Ketika Cinta Berbuah Syurga (2005); Di Atas Sajadah Cinta (2004); Pudarnya Pesona Cleopatra (2005); Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 dan Dalam Mihrab Cinta. Sebelum saya terlupa, jika kekeringan RM nak membeli, silalah surfing dan cari novel tersebut dalam bentuk pdf fail dan silalah cetak untuk di baca...

Cemburu Vs. Cinta

Cemburu? Pernahkan anda cemburu dan kenapa anda cemburu? Pada saya cemburu seorang lelaki dan perempuan berbeza pada pergetian tetapi sama pada rasa. Saya bukannya pakar untuk menulis mengenai topik ini cuma terdetik hendak menulis mengenainya setelah terbaca akhbar di hadapan mata berkaitan kisah tersebut.

Pada saya cemburu wujud bila pasangan kita prihatin mengenai sikap dirinya terhadap diri kita. Sebagai contoh, jika lelaki mempunyai teman wanita sehingga belasan orang, misalnya, pasti jika ada yang benar-benar cinta, kasih, dan sayang dalam kelompok yang sepuluh itu akan cemburu yang amat sangat. Lelaki seperti itu memang sudah melampaui batas. Begitu juga dengan kaum perempuan. Jika sudah ada suami atau kekasih tetapi masih juga berurusan dengan bekas kekasih, sudah pastinya akan mengundang rasa cemburu. Atau jika tidak pun berurusan melampaui batas dengan para lelaki lain. Cemburu tidak akan wujud tanpa ada rasa cinta, kasih dan sayang.

Jika pasangan anda tidak mencemburui anda, maka itu tandanya si dia tidak mencintai anda. Itu teori mudah dalam perhubungan. Justeru, kepada sesiapa jua, jagalah hubungan dengan sebaiknya melalui perbincangan dan pemakluman. Tidak salah bersusah-payah untuk kebaikan hubungan berbanding memtuskan hubungan yang membuatkan anda seoalah tidak matang atau sabar dalam mencapai kejayaan. Lainlah jika faktor memutuskan hubungan itu disebabkan tidak serasi dan sewaktu dengannya. Hubungan penting kepada manusia. Malah dalam konsep masa kita dibahagiakan kepada tiga bahagian yakni masa untuk tuhan, manusia sekeliling kita dan masa peribadi. Lantaran itu, kehidupan yang sempurna harus ada ada rasa cinta, kasih dan sayang yang mantap. Cemburu harus cuma perilaku orang yang kita cemburui haruslah tidak bertentangan dengan kehendak kita atau melampaui batas. Manusia memang kerap alpa.

Pada saya jika pasangan yang tidak prihatin, dan asyik membuatkan anda cemburu, walau pun sudah banyak kali di beritahu, tegur dan sebagainya, maka adalah sebaiknya lakukan perubahan. Qada dan Qadar boleh diubah hanya dengan usaha.

Mana Wireless Zone?

Bercakap mengenai isu wireless, suka saya nak berkongsi cerita. Bila bermalam di hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya, harga untuk sejam perkhidmatan wireless ialah RM35. Jika untuk tempoh 24 jam, kadar boleh mencecah RM50. Dan paling yang menyakitkan hati ialah di ruang lobi tiada perkhidmatan wireless percuma disediakan.

Berbanding dengan sebuah hotel tempat tumpuan kursus di Bangi, kadar 24 untuk perkhidmatan wireless ialah RM3.00 sahaja. Saya meluahkan semua ini sebab ebelum ini di Kuala Lumpur, banyak digantungkan gegantung disetiap tiang elektrik dan tertera gambar kacak Menteri Wilayah Persekutuan mengenai KL bandar wireless (coming soon lah...). Persoalan saya ialah kenapa agaknya hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya masih tidak secanggih "hotel kursus" di Bangi yang memberikan perkhidmatan RM3.00 untuk sejam? Mungkin semua menteri wajar bersatu pendapat berhubung perkara ini. Insya-Allah, akan datang ada luahan mengenai perkhidmatan broadband pulak.

Alahai Komuter...

Alahai komuter...tak tahu nak tulis apa-apa lagi sebab boleh dikatakan hampir setiap hari aduan orang awam berhubung komuter sentiasa ada di dada akhbar. Malah sesetengah akhbar tidak menyiarkannya lagi sebab terlalu kerap. Pengalaman menunggu komuter memang memenatkan. Bukan sekadar tidak tepat pada jadual waktunya, juga padat umpama ikan sardin dalam tin sardin. Hendak di tulis panjangpun mengenai komuter, tiada maknanya sebab CEO KTM sudah beritahu sebelum ini bahawa mereka berusaha sedaya upaya atasi masalah yang ada berhubung komuter. Apa-apa pun harapan saya segerakanlah sebelum ada yang mengadakan demontrasi sebab tertekan dengan perkhidmatan komuter yang lembap!

Tahniah Penduduk Bandar Mahkota Cheras!


Bandar Mahkota Cheras tiba-tiba menjadi terkenal dalam sekelip mata berikutan bantahan penduduk berhubung pembinaan halangan oleh syarikat konsesi, Grand Saga. Paparan pihak media bahawa penduduk disekitar kawasan tersebut bergotong-royong mengalihkan halangan batu yang merupakan bongkah batu besar, dan menjaga laluan lalu-lintas kawasan tersebut sememang menarik perhatian saya. Masih ada lagi budaya bergotong royong dalam masyarakat Malaysia.

Cuma dalam kes tersebut, pada fahaman saya ialah mereka membuka laluan sebab untuk memendekkan perjalanan. Jika lalun tersebut ditutup dengan halangan maka penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksalah menggunakan jalan jauh dan paling sedih terpaksalah mereka membayar tol. Dan peristiwa itu berlaku pada masa yang tepat iaitu menjelang pilihan raya dan selepas pilihan raya. Masing-masing ahli politik hendak menunjukkan siapa yang menjadi "hero".

Pada saya, hal masyarakat wajar diutuskan oleh masyarakat, yakni pihak berwajib sama ada pejabat dearah atau paling tidak pun biar mahkamah memutuskannya. Menurut perkembangan melalui akhbar, mahkamah memberikan lampu hijau kepada Grand Saga untuk menutup laluan tersebut. Berdasarkan situasi sekarang, nampak gayanya banyak pihak mulai akur dengan kehendak penduduk di situ, dan akhirnya Grand Saga mengalihkan semula halangan tersebut sebab akur dengan kehendak pihak berkuasa, tapi bukan mahkamah.

Persoalannya, jika semualah penduduk di Malaysia bertindak demi menggelakkan tol dan bertindak serupa penduduk bandar Mahkota Cheras, adakah kerajaan dapat membenarkan? Saya cuma risau, sebab terlalu menjaga segelintir perasaan sesetengah pihak, ada pihak lain yang kita nafikan haknya.

Gambar ehsan Malaysiakini

Sunday, June 1, 2008

I`am Not UMNO

Apa nak jadi dengan parti UMNO sekarang ni. Agaknyalah mungkin banyak yang tidak bersetuju berbanding setuju jika semua jawatan penting dalam kerajaan perlu diserah kepada ahli atau orang UMNO sahaja jika mereka meletak jawatan. Hal inilah yang berlaku sekarang apabila Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengesa Pengerusi Sepang International Circuit, (SIC) melepaskan jawatannya hanya kerana beliau (Datuk Mokhzani) keluar parti UMNO.

Situasi yang sama juga mungkin akan berlaku kepada bekas Setiausaha UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, agar melepaskan jawatan sebagai Presiden UIA kerana beliau juga telah keluar UMNO. Saya berharaplah agar pemimpn UMNO janganlah melenting bila berlaku situasi yang bergini. Jika semua jawatan di Malaysia ini perlu di pegang oleh seorang yang berstatus ahli UMNO, sukarlah Malaysia hendak mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum.

Sewajarnya UMNO mungkin boleh memikirkan kenapa tindakan kerajaan pembangkang Pulau Pinang melantik bekas setiausaha Gerakan turut serta dalam pentadbiran negeri. Tidak semestinya ahli UMNO yang dilantik menerajui sesuatu jawatan itu mereka yang dipilih adalah pakar dalam bidang tersebut. Hal ini menjadi raliti jika kita hari jika diperhatikan banyak agensi kerajaan yang boleh dikatakan di pegang oleh ahli-ahli UMNO. Tahniah diucapkan kepada yang dilantik dan benar-benar pakar dalam jawatan yang mereka dilantikkan. Tetapi amat malang jika ada yang dilantik menjadi ahli lembaga, misalnya, tetapi tidak bermakna sekadar mereka hanya dilantik kerana ahli UMNO.