Saturday, April 30, 2011

Rojak Ke Roti Canai?

Hari ini aku manfaatkan masa untuk membuat ziarah. Bila disebut ziarah, kebiasaannya kita akan beranggapan membuat umrah. Memang tepat, cuma ziarah dan umrah adalah sama. Ziarah bahasa Melayu manakala umrah ialah bahasa Arab. Itu yang kita jarang diberitahu dalam pada kita meneruskan kehidupan seharian. Pagi ini aku memutuskan untuk bersarapan di luar memadangkan hujan. Mungkin pelik bunyinya, namun itulah keputusan aku pagi tadi. Aku memilih untuk bersarapan di kedai yang dinamakan Bimmers untuk sarapan. 

Tetapi disebabkan kawasan disana sesak dan tidak ada ruang untuk meletak kenderaan, aku memetuskan untuk meneruskan perjalanan ke kawasan Satok. Walau agak jauh, aku memutuskan niat untuk terus membuat ziarah ke hospital selepas sarapan. Justeru untuk itu aku memilih kedai yang berhampiran hospital umum sarawak iaitu kedai kopi o corner.

Cerita mengenai kedai ini, memang diketahui umum khususnya di bandaraya Kuching, kedai ini memang menjadi pilihan warga Kuching, khususnya kepada warga berhampiran. Hal ini kerana menu yang disediakan banyak dan rasanya sedap. Aku dan kawanku memang teah menjadikan kedai ini sebagai destinasi tetap untuk berserapan. Mi Jawa dan Mi Kolok nya memang mvlous. Itu belum lagi roti canai telur dan menu baharu yang ditukar setiap hari. 

Walaupun begitu, kami tidaklah mengambil kesempatanuntuk bersarapan disitu menjalinkan hubungan dengan para pekerja di situ. kehadiran kami ke situ hanya untuk bersarapan semata-mata. Bila demikian halnya, maka setiap kali sampai, mengambil tempat duduk, memesan makanan, bayar dan terus kembali ke pejabat. Itulah rutin sebelum ini.

Sejak 2011, aku dan kawanku jarang bersarapan ke kedai ini disebabkan pertambahan kereta dan kesesakan jalan untuk ke satok. Boleh disimpulkan pada tahun 2011, boleh dikatakan belum lagi aku bersama kawanku bersarapan di kedai ini.

Kesempatan pagi ini aku gunakan untuk bersarapan ke kedai tersebut. Sesampai ke situ, aku bermonolog, "ini sudah bagus, sebabnya kedai sudah bertukar wajah, dan orang pun banyak, maka sudah semestinya orang suka dan tetap menjadi pilihan masyarakat," 

Aku bergegas mencari meja yang kosong. Alhamdulillah, ada meja yang kosong. Pengunjung yang awal tadi baru meninggalkan kedai. Aku un lega sebab ada tempat duduk, lantas memberikan isyarakat kepada pekerja kedai untuk menbersihkan meja berkenaan.

Mulai pada saat memanggil pekerja untuk membersihkan meja, aku seolah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati akan berlaku. Panggilan pertama aku kepada pekerja untuk mengemaskan meja yang masih dengan sisa makanan pelanggan awal tadi, tidak disambut dengan sebaiknya. Aku hanya berwasangka baik dengan berkata kepada diri sendiri, "mungkin mereka sibuk"...

Sampai ke minit yang ke-5, aku terus bangun dan pergi sekali ke arah seorang pekerja meminta dia jasa baik dia agar membersihkan meja kami, dan alhamdulillah, pekerja tersebut terus melaksanakannya dengan bahasa badan tiadak menyenangkan. Namun aku tetap untuk berwasangka baik.

Sebaik meja bersih, sekali lagi aku memaksa diri untuk memanggil pekerja untuk mengambil pesanan. Seperti diawal tadi, aku pun terpaksa menunggu beberapa minit juga untuk mendapatkan seorang pekerja yang boleh mengambil pesanan. Tunggu punya tunggu, rupanya belum ada lagi pekerja yang tiba untuk membuat pesanan, lantas aku terus ke kaunter yang berhampiran untuk membuat pesanan air dan rojak ayam.

Rupanya tindakan aku membuat pesanan terus begitu tidak disenangi oleh pekerja di situ...dah hampir masuk waktu Marghrib. Kita bersambung lagi, Insya-Allah.

Mendeklamasi Puisi Atau Lirik?

Apabila disebut menjadi hakim pertandingan, yang terlintas di benak fikiran kita ialah penguasaan sesuatu bidang atau bakat yang melayakan seorang itu menjadi hakim. Baru-baru ini, aku diarah untuk menjadi hakim pertandingan lagu puisi peringkat bahagian. Pertandingan itu disertai 19 buah pasukan dan tugas aku dan dua hakim lagi ialah mencari 5 orang pemenang (termasuk juaralah tu...) dan persembahan terbaik dan puisi terbaik.

 Nak dijadikan cerita, pertandingan kali ini menarik minat penulis kerana dua sebab - ada 19 buah sekolah yang bertanding, dan khabarnya ada 5 buah sekolah yang bertanding merupakan sekolah yang 'hebat' dalam persembahan lagu puisi.

Sebagai hakim pertandingan, adalah menjadi resam untuk menilai sebaik sahaja peserta naik ke atas pentas untuk membuat persembahan. Pada tempoh tersebut, aspek adab atau persembahan akan mulai diberi perhatian oleh hakim. Ada juga hakim yang terlalu halus atau teliti permahatiannya hinggakan aspek kebersihan dan penampilan diri setiap individu yang membuat persembahan akan diambil perhatian.

Sebaik suara diperdengarkan untuk mendeklamasi puisi, mata hakim akan meneliti rangkap demi rangkap bait puisi yang dilampirkan untuk dinilai. Hakim yang berpengalaman, hanya seimbas lalu akan dapat mengesan kelemahan dan kekuatan sesebuah puisi. Deklamsi dan teks puisi adalah dua perkara yang berbeza. Pendeklamasi yang bijaksana, mampu membuat silap mata kepada pihak hakim dengan penampilan suara dan bahasa badan yang mentap dalam mendeklamsi teks puisi yang teruk.Demikian juga sebaliknya ada teks puisi yang berkualti, tapi diucapkan tanpa penghayatan dan statik.

Mendeklamasi sebuah puisi mewajibkan pendeklamsi memahami setiap bait dan rangkap puisi yang hendak dideklamasikan. Bukan hanya menghafal. Puisi yang dihafal, tidak akan dapat dideklmasi dengan sebaiknya kerana tidak akan mempengaruhi bahasa badan dan intonasi suara. Hal inilah yang banyak berlaku dalam pertandingan deklamasi peringkat sekolah menengah.

Perlukah memekik melolong dalam mendeklamsi puisi? Tidak perlu. Puisi adalah susunan kata-kata yang menarik, dan keadah penyampaiannya memadai bermain dengan intonasi dan riak wajah. Faktor suara amat penting - jelas dan sebutan yang terang dan lancar.

Mengantuk pulak mata ni, Insya-Allah akan bersambung pada post akan datang...

Bila Kejora & Bintang Bersatu

Aku menulis malam ini kerana hujan begitu lebat di luar sana. Entah, sejak Rabu lalu, malamku terasa singkat sekali. Usai tanggungjawabku sebagai hamba, laptop ini menjadi teman karib untuk ku luahkan semuanya. Ternyata, setiap saat kehidupan yang dilalui tidak akan bermakna tanpa kita memperoleh sesuatu pengajaran atau ilmu darinya. Alhamdulillah, aku tergolong dalam kelompok yang menghargai akan saat dalam kehidupan.

Dalam pada aku terus menaip ini, Kucing kesayanganku, Mr. Ozel duduk disebelahku sambil membersihkan dirinya. Mr. Ozel, sememangnya menjadi Kucing kesayangan kami. Siapa sangka Kucing dizaman ini tidur malamnya bersama tuannya di atas tilam yang sama. Teruskan membersihkan dirimu Mr. Ozel.

Aku bukan menulis untuk bercerita mengenai Mr. Ozel. Demi keselamatan Kucing kesayanganku itu, biarlah semuanya menjadi rahsia. Kekadang masyarakat tidak sedar, tanpa mereka sedar rupanya mereka sendiri yang mendedahkan semua butiran keselamatan mengenai diri mereka. Lantas, hal yang demikian menjadi idaman penjenayah yang terus mengambil peluang emas itu untuk mencari keuntungan.

Pada saat ini aku masih terkejut dan terkilan dengan apa yang sedang berlaku dalam negaraku yang bernama Malaysia. Seolah tidak ada lagi yang menjadi lebih utama berbanding isu video seks. Aku menjadi sakit hati dan kerap kali bertanya secara monolog, "Kemanakah perginya nilai kesusilaan penerbit berita hinggakan hal berkaitan seks menjadi isu utama dalam berita utama pada waktu perdana?".

Sebagai pembaca atau penonton berita, kami memehami jika isu yang menjadi keutamaan pihak media ialah yang menarik perhatian masyarakat, dan soal seks sudah semestinya. Apatah lagi jika dikatakan ada kaitan dengan ahli politik tersohor dalam negara. Namun, yang dikesalkan ialah apabila isu seks dijadikan santapan hampir setiap hari, dan diberi perhatian yang teramat tinggi seoalah ianya menjadi isu yang amat penting dalam negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam.

Amat memalukan bila isu berkenaan diberi keutamaan dan diagung-agungkan hingga sampai ke tahap yang memualkan. Terkini, bersumpah laknat, seolah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Hampir-hampir juga aku ingin menyoalkan apakah fungsi pihak jabatan agama dlam hal ini? Kenapa senyap dan tidak memberikan kenyataan yang boleh menyatupadukan masyarakat Islam di Malaysia yang sememangnya sudah berpuak-puak lantaran perbezaan politik?

Bayangkan, jika sifat bersumpah menjadi ikutan dan budaya baharu dalam masyarakat Melayu Islam, apakah maknanya lagi adanya Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil? Bayangkanlah dalam setiap perbicaraan yang Melayu Islam mahu membela dirinya dengan bersumpah laknat jika menipu atau mengadakan cerita dan sebaliknya. Nescaya boleh porak-poranda masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Bila emosi dan fahaman kecetekan dalam ilmu agama dijadikan nas untuk bertindak, sama ertinya kita mewujudkan fahaman taksud dalam beragama kepada masyarakat. Mungkin itu yang akan berlaku jika hal sekarang ini tidak diatasi sekarang. Kerajaan, sebagai payung rakyat harus bertindak mengekang isu ini daripada berterusan memainkan emosi masyarakat Melayu yang berpuak-puak ketika ini agar tidak wujud kebimbangan kita terhadap apa-apa yang mungkin berlaku.

Hari ini terlalu banyak ketidak telusan yang berlaku. Isu kesetiaan masyarakat Cina, kelemahan ekonomi Melayu, permintaan tu dan ni masyarakat India. Dan hal ini belum lagi mengambilkira pemintaan atau tuntutan beberapa isu yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Banyak lagi isu sosial lain yang tidak menjadi perhatian pihak media. Jika adapaun yang diberi perhatian, boleh dikatakan hanya 10 peratus sahaja. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mulai mempersoalkan, kenapa dan mengapa.

Inilah situasi Kejora dan Bintang dalam drama siri siaran di Astro. Pembaca meramalkan bahawa apabila Kejora dan Bintang bersatu, maka akan selesai banyak masalah. Realitinya adalah sebaliknya. Itu juga yang masyarakat fikirkan berkaitan hal yang berlaku sekarang. Dengan kuasa yanga da pada Melayu Islam, adakah mereka tidak mampu untuk mengatasi masalah yang wujud sekarang dengan sebaiknya? Semoga Allah melindungi negaraku daripada malapetaka yang tidak diduga, Amin.

Friday, April 29, 2011

Kadar Bayaran Pengurusan Jenazah

Kekadang mungkin kita terlalu sibuk, sehingga tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung kadar pengurusan jenazah yang telah ditetapkan. Walaupun, bagi segilintir pihak, kadarnya adalah murah, dalam kemampuan, namun pada pendapat penulis tidak salah jika kita mengetahui akan kadar sebenarnya. Tujuannya hanya untuk pengetahuan kita sahaja. Dan kepada yang kaya raya, boleh jadikan paparan inis ebagai sumbangan kepada insan miskin yang meninggal dunia. Disertakan di sini kadar bayaran pengurusan jenazah bagi kawasan Kuching, Sarawak bagi tahun 2011. Kadar di atas ditetapkan oleh pihak Lembaga Amanah Kabajikan Negeri Sarawak.