Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008

Maaf agak lama tidak mengemaskinikan blog ini. Kepada rakan-rakan yang selalu bertanya, terima kasih. Hari ini adalah hari terakhir pada tahun 2008. Banyak peristiwa, kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjang kehidupan 2008. Terlalu banyak. Alhamdulillah, Tuhan masih menyayangi diriku.

Antara yang mungkin luar biasa saya lakukan sepanjang tahun 2008 ialah menabung sejumlah RM3.00 setiap hari sepanjang tahun sehinggalah tabungan terakhir selepas subuh tadi. Selain itu, saya juga mulai menyimpan atau koleksi syiling Malaysia tahun 2007. Insya-Allah, usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun 2009 kelak.

Agak banyak yang harus diberi tumpuan kebelakangan ini berkaitan tugas dan ini sedikit sebanyak menyebabkan tidak ada masa untuk mengemakinikan blog ini. Apa-apa pun, Insya-Allah tahun 2009, akan diusahakan untuk update setiap hari sama ada secara terus ataupun taip dulu hantar kemudian.

Semoga kedatangan 2009 akan menjadi lebih baik banding tahun sebelumnya. Insya-Allah.

Wednesday, December 10, 2008

Bomoh, Sihir dan Bodoh.

Agak lama saya tidak menulis disini. Pelbagai perkara berlaku. Antaranya yang ingin saya kongsikan disini ialah betapa masyarakat kita masih kuat mempercayai bomoh dan sihir berbanding mempercayai sepenuhnya kepada Allah swt. Dan semakin pelik dan menghairankan yang memanggil bomoh itu adalah keluarga yang terpelajar dan kuat ajaran agamanya.

Hal ini berlaku kepada seorang kawan saya yang kemaruk bercinta. Lantaran bercinta dengan gadis dari negeri yang berbeza maka mendapat tentangan keluarga sebelah perempuan. Cinta mereka yang sekukuh kongkrit akhirnya runtuh sepertimana runtuhnya Tembok Berlin, kononnya apabila pengunaan bomoh digunakan oleh salah seorang ahli keluarga gadis tersebut. Hal ini bertambah malang apabila dikahabarkan bahawa si gadis tersebut telah menjadi seolah "bodoh" dan "dunggu" setelah dibomohkan agar melupakan lelaki tersebut.

Dari satu segi mungkin keluarga gadis tersebut menang kerana berjaya menyekat perhubungan antara lelaki berkenaan dengan gadis tersebut. Dari segi lain, tindakan keluarga gadis tersebut amatlah memalukan. Kenapalah perlu sampai ke tahap bomoh? Saya berpendapat tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan jalan perbincangan. Pasti tidak akan ada manusia yang waras di dunia ini sangup berhadapan dengan situasi dibomohkan kerana hendak menuruti kehendak keluarga.

Saya akhirnya dimaklumkan bahawa gadis tersebut sehingga kini dapat memenuhi kehendak keluarganya, melupakan sepenuhnya lelaki tersebut. Malah gadis tersebut memang tidak ingat dan melupakan terus lelaki tersebut. Pasti besar bayaran keluarga gadis tersebut kepada bomoh berkenaan.

Bila mendengar cerita lelaki tersebut, saya beremosi juga. Menurutnya, dia dan gadis tersebut memang bercadang untuk berkawin. Malah hubungan mereka "akrab" dan "rapat". Saya hanya sekadar mendengar luahan tersebut walau pun saya tahu saya sendiri ada blog luahan rasa untuk luahan saya sendiri. Sebagai lelaki, menurut lelaki tersebut, dia tidak rugi apa-apa walaupun mendapat tentangan seperti itu daripada keluarga gadis berkenaan.

Cuma, luahnya, dia memang mencintai gadis tersebut dan benar-benar mahu memilikinya sebagai isteri. Saya hanya mencadangkan agar lelaki tersebut terus berdoa kepadaNYA dalam hal itu. Sekuat mana pun power bomoh tersebut, kuasa Allah lagi powerful.

Salam takziah kepada gadis tersebut walaupun belum meninggal dunia tapi imannya telah dinodai oleh ahli keluarganya sendiri.