Sunday, August 24, 2008

Najib Vs. SD Hindu

Pastinya satu Malaysia akan heboh dalam beberapa hari akan datang apabila ada satu lagi Statutory Declaration telah dibuat oleh Thagarajoo A/L Thangavelu, seorang yang mengaku bekas pemandu Datuk K.S Nallakaruppan, pada tarikh yang sama TPM kita bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu di Permatang Pauh pada 22 Ogos lalu, mengatakan bahawa TPM kita dan isteri perform Hindu prayers and rituals. Keterangan lanjut sila rujuk; http://malaysia-today.net/2008/content/view/11688/84

Saturday, August 23, 2008

Syabas Pak Lah..

Apabila Perdana Menteri merasai azab dan ketidakselesaan meniki komuter dari stesen Serdang ke KL Central dan seterusnya menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek sekitar jam 9 pagi 21 Ogos lalu, maka serta merta beliau mengarahkan pihak yang mengendalikan komuter dan LRT agar membaiki tahap perkhidmatan yang diberikan. Dalam kata lain , beliau mahu perkhidmatan tersebut cekap dan tidak membebankan pengguna dari segi tidak padat seperti ikan sardin, menepati masa dan pengguna berpuas hati dengan perkhidmatanyang diberikan.

Saya tabik kepada Pak Lah atas kesudian beliau turun padang. Alangkah baiknya semua menteri yang diamanahkan dengan tanggungjawab masing-masing turun meninjau permasalah rakyat seperti Pak Lah lakukan. Tidak perlu protokol dan sewaktu dengannya. Jika kerap dilakukan, saya yakin tiada rakyat yang waras akan menukarkan kepimpinan yang sedia ada.

Masalahnya sekarang, pemimpin hanya menjenguk rakyat pada masa yang tertentu sahaja. Pilihan raya misalnya. Rakyat menilai bukan sekadar melihat kewibawaan, tapi hubungan dengan rakyat. Sosial, kata Saiful Apek.

Saya mengharapkan lebih banyak lagi menteri yang akan "turun padang" selepas ini. Banyak lagi permasalahan rakyat yang "orang atas" tidak mengetahui dan mengalaminya. Antaranya betapa sukar nak menemui teksi yang menggunakan meter di Kuala Lumpur, betapa azabnya memohon pinjaman peribadi di bank-bank, betapa lamanya masa yang perlu dibuangkan jika pergi ke hospital kerajaan untuk menunggu giliran, dan banyak lagi. Siapalah rakyat untuk mengubah semuanya tanpa restu kerajaan...

Pix by BERNAMA

Argentina Wins gold

Akhirnya emas Olimpik Beijing jadi milik Argentina setelah menewaskan Nigeria 1-0. Pertemuan seolah babak ulangan Olimpik Atlanta 1996, di mana Neigeria pada ketika itu berjaya merangkul pingat emas setelah mengalahkan Argentina 3-2, dan merangkul pingat perak. Juara dunia banyak kali, Brazil, kekal mempertahankan pingat gangsa, sama seperti di Atlanta 1996. Nigeria carried out the first attack on goal when Peter Odemwingie fancied his chances and attempted a long-range shot in the sixth minute. The ball skidded through Argentina's defensive wall, but the Argentine goalkeeper, Sergio Romero, was equal to the task. Four minutes later, Argentine captain Juan Riquelme received a free kick from near the arc, but the ball sailed harmlessly over the bar.

Nigeria focused on defending against Argentine playmakers Lionel Messi and Riquelme, ensuring that Argentina had no chance to launch an attack on goal in the opening minutes of the first half. Argentina appealed for a penalty when Messi was felled in the box 21 minutes into the game, but the referee let it go. Nigeria looked threatening in the 35th minute when Odemwingie whipped the ball across the face of the box, but the ball bounced off the unprepared Nigerian captain Promise Isaac.

Argentina also tried hard to break the deadlock but it was to no avail. Argentine midfielder Fernando Gago chipped the ball to Sergio Aguero in the 37th minute, but Aguero's tame header was easily stopped by Nigerian goalkeeper Ambruse Vanzekin. In the closing minutes of the first half, Argentine midfielder Angel Di Maria unleashed a great long-range shot that forced Vanzekin to make a diving leap to his right and tip the ball behind the line. Messi started well in the second half, squeezing a shot towards goal but Vanzekin punched the ball away.

The winning goal came only eight minutes later when Messi found an unmarked Di Maria who calmly chipped the ball over the fast-approaching Vanzekin and into the back of the net. Nigeria almost snatched an equalizer when the ball bounced off Isaac's toes in front of goal. However, Romero quickly cleared the ball from danger. Nigeria had another chance to equalize when Victor Anichebe, who came on in the 64th minute, almost scored a goal with his first touch of the game. Romero, however, forced the Nigerian forward's shot to dribble past the post. Messi had a chance to double Argentina's lead in the 77th minute, but he was stopped by the Nigerian defense. Anchibe again had a great chance to score for Nigeria but a great diving save from Romero averted a disaster.

Pix by Getty Images.

Wang Mengalir Bagai Air...

Chief Minister Lim Guan Eng is disappointed that the Federal Government is only giving financial aid to mosques and suraus in Permatang Pauh. “They should give the aid to all mosques and suraus in the state. Lim was commenting on an announcement by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that RM100,000 would be given to each mosque and RM30,000 to each surau in the constituency. The Star 23 August 2008.

Bila membaca berita berkaitan kempen pilihan raya Permatang Pauh, khususnya yang melibatkan Barisan Nasional, pasti diakhiri dengan laporan "beliau menyataan demikian selepas menyerahkan /memberikan sumbangan....bla...bla...bla... Berdasarkan pengalaman peribadi jika pilihan raya kecil sama ada di peringkat DUN atau Parlimimen diadakan, pasti amat meriah dengan pelbagai sumbangan dan pemberian. Malah tidak dinafikan, jika jalan kampung rosak tar nya, pasti dalam tempoh itu juga akan diperbaiki dan diperbaharui.

Pilihan raya kecil peringkat DUN lagi meriah berbanding Parlimen ( tolak parlimen Permatang Pauh lah...) sebabnya kawasan DUN kecil berbanding parlimen. Maka segala bantuan akan datang mencurah-curah...Ingat tak lagi kisah DUN Ijok dulu. Meriah...

TPM Pun Bersumpah.

Akhbar Utusan Malaysia 23 Ogos 2008 menyiarkan berita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah di hadapan jemaah Masjid Guar Perahu, bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya. Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Selepas membaca Utusan Online sesudah subuh tadi fikiran asyik bertanya, kenapa TPM perlu bersumpah berhubung isu tersebut. Mungkin beliau ada prinsip yang harus dipertahankan. Apa-apa jua, saya tetap dengan pendirian saya bahawa apa-apa jua isu berkaitan sumpah, lebih-lebih lagi yang melibatkan kita dengan Tuhan Yang Maha Perkasa, biarlah antara diri kita dengan Tuhan sahaja. Bila melibatkan media, maka pelbagai "resipi" baharu akan muncul. Jika tidak percaya tunggulah selepas ini...

Pix by AP

Alahai Avril Lavigne...

Canadian rock star Avril Lavigne will be performing in Kuala Lumpur after all. The final decision, after a week of uncertainty, was made at a meeting of senior officials from the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry yesterday. The organiser, Galaxy Group, obtained its permit last evening to stage the concert at Stadium Merdeka on Aug 29, sources said. The Star 23 August 2008.

Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Shafie Apdal said that the concert falls during the nation's independence period and was not a suitable time to hold such a concert. There are a lot of events on Aug 29 and the Ministry does not want the independence and the near Ramadan month to be filled with such pop and rock culture, he said. "As the Minister of Unity, Culture, Arts and Heritage, we should be instilling good culture in the young but here we are allowing other parties to organise things," he said Wednesday after launching the IDeAS for enhancing Integrity book. (The Star 20 August 2008).

Kekadang saya hanya mampu tersenum bila mengetahui bahawa sesuatu perkara di Malaysia ini mudah berubah tanpa alasan yang munasabah atau kongkrit. Dalam kes di atas, secara peribadi saya tidak membantah jika konsert itu diteruskan memandangkan masyarakat di negara ini adalah berbilang kaum. Siapa yang hendak menyaksikan konsert maka haruslah membayar tiket yang pastinya mahal harganya.

Cuma, kenapa hampir setiap tahun situasi yang sama berlaku? Semua rakyat Malaysia tahu menjelang 31 Ogos adalah sambutan ulang tahun kemerdekaan. Malangnya, setiap tahun perkara yang sama dan berulang berlaku, iaitu menjelang 31 Ogoos pasti akan ada konsert dan penyanyinya dibawa dari Barat. Persoalannya kenapa pihak yang berkaitan tidak sensitif dengan hal seumpama ini? Tidak perlulah saya beritahu di sini bahawa dalam setahun ada 12 bulan dan kenapa bulan Ogos yang menjadi pilihan untuk konsert tersebut. Secara jujurnya saya memang menunggu jika konsert solo Yngwie Malsteen dia dakan di Kuala Lumpur, tapi bukannya di bulan kemerdekaan atau sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya umat Islam.

Pix by Reuters.

Minyak Turun Barang Tetap Naik

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter, manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter.

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur dengan penurunan harga tersebut. Cuma, bila difikirkan secara mendalam penurunan harga tersebut pastinya tidak akan "merebak" kepada harga barangan lain yang sememangnya sudah naik sejak pengumuman kenaikan pada Jun lalu. Yang paling ketara, harga barangan tetap akan naik. Malah sewa rumah dan bilik di sekitar Kuala Lumpur juga mengalami kenaikan harga, walhal yang naik sebelum ini ialah harga minyak. Persoalannya, apakah daya rakyat untuk menyekat kenaikan jika tiada tindakan drastik di pihak kerajaan yang berkuasa? Untuk makluman, indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Julai lalu meningkat 8.5 berbanding 7.7 pada Jun lepas. Renungkanlah...

Pix by Bazuki Reuters

Sunday, August 17, 2008

Berani Mati!

“Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan,” tegasnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah.

The left sleeve of L/Kpl Zamri Md Soot’s uniform was drenched with blood after another soldier accidentally cut his arm with a bayonet during a marching ceremony. Despite the pain and heat, L/Kpl Zamri, who sustained a deep cut, stayed in formation for almost two hours until the end of the Regimental Colours Replacement ceremony at Stadium Darul Aman here yesterday. (The Star 16/8/2008)

Pada mulanya saya tidak rasa apa-apa, cuma tersentak ketika benet tercucuk lengan. Lama-kelamaan bila darah banyak keluar barulah rasa sengal-sengal.” Demikian cerita Lans Koperal Zamri Md. Soot, 29, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) ketika menceritakan detik dia cedera di lengan kiri akibat tertusuk benet senjata M16 rakannya pada Majlis Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen kelmarin.

Syabas dan tahniah kepada Zamri. Pada saya beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah anggota tentera yang sejati. Wajar pihak yang berkenaan memberi perhargaan atas pengorbanan beliau menjaga imej ATM dan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Alhamdulillah, Mahasiswa UiTM Tahu Berdemontrasi.

Mimpikah aku? Mungkin post ini agak lambat lantaran kesibukan. Namun post tetap post, sebab ini sejarah. Bukan sesuatu yang mudah melihat mahasiswa UITM melakukan demontrasi. Apatah lagi dalam jumlah yang ramai, dan hampir di seluruh Malaysia! Jarang sekali mendengar ataupun melihat mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi, sama ada untuk menuntut kebenaran atau menyatakan bantahan terhadap beberapa perkara sama ada kepada kerajaan mahupun pihak lain. Namun peristiwa selasa 12 Ogos amat menarik untuk diteliti, diperhalusi, dan direnungkan apabila lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Yang paling mengejutkan saya ialah apabila demontrasi tersebut bukan hanya berlaku di UITM Shah Alam sahaja, malah merebak hampir kesemua kampus UITM di seluruh negara. Maka keluarlah beramai-ramai siswa-siswi UiTM berdemotrasi, merasai suatu pengalaman yang tidak pernah mereka rasai selama ini. Syabas mahasiswa UiTM. Pastikan anda semua sentiasa bergerak menegak kebenaran, walaupun banyak persoalan berhubungan demontrasi yang kalian lakukan baru-baru ini. Media arus perdana pun mulailah berkokok dengan pelbagai komen pemimpin kerajaan.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengubah dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM. Malah saya amat yakin cadangan itu hanya "atas angin" tidak akan kemana-mana sebab siapalah Khalid untuk mengubah perkara tersebut.

Angry Kin Stop Exhumation

Sebahagian tanah perkuburan Islam yang baru sahaja diredah jentolak. Kelihantan waris berusaha mengumpul tulang-tulang yang berselerak dan bercampur-campur.

Kubur Ahli Keluarga Rajah Putih Brooke.

Kubur ahli-ahli keluarga Rajah Putih Brooke yang terletak berhampiran Astana, di Kuching, Sarawak digali dan dikebumikan semula di kawasan berhadapan Kota Margherita. Menurut Dean Very Rev Aeries St Thomas, Sumping Jinggan dan The Bishop Right
Rev Bolly, “Tanda peringatan dan penghargaan bagi keluarga Brooke ini akan dilakukan dengan penuh rasa hormat dan penuh istiadat,” (Utusan Borneo 16 April 2008)


Kubur Rakyat.

Pewaris kubur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak, kecewa dan sedih dengan tindakan kontraktor menjalankan kerja penggalian kubur tanpa kebenaran mereka. Menurut mereka, tindakan tersebut mengetepikan sensitiviti orang Islam yang menganggap tanah perkuburan sebagai tempat yang perlu dihormati dan sekiranya hendak melakukan sesuatu perkara, mesti mendapat keizinan daripada pemilik tanah. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka juga tidak berpuas hati dengan tindakan Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak (LAMNS) apabila membelakangkan pewaris dalam hal tersebut. Sebanyak 44 kubur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi digali oleh pihak kontraktor dan mengakibatkan kira-kira 30 waris ahli kubur berang dan bertindak liar memukul pekerja kontraktor dan membakar jentera kepunyaan mereka hari ini. Tanah wakaf berkeluasan 1.6 hektar itu menempatkan jenazah masyarakat Islam dari kawasan Jalan Arang, Batu 3, Sungai Maong dan Kampung Kudei sejak seratus tahun dahulu.

Apa Kata Menteri Bertanggungjawab.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, memang tidak dinafikan arahan memindahkan kubur berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak, bagaimanapun lembaga itu dipercayai tidak berbincang dengan ahli keluarga waris jenazah-jenazah di tanah perkuburan berkenaan. Katanya, perkara itu tidak membabitkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memandangkan lembaga itu mempunyai bidang kuasa dalam perkara mengenai tanah perkuburan Islam di negeri ini dan keputusan dilakukan sendiri oleh pihak tersebut.

Tambahnya, beliau mengaku tidak mengetahui tujuan pemindahan kubur tersebut namun difahamkan penggalian kubur berkenaan adalah mengelak pemandangan di kawasan itu nampak kurang elok memandangkan lokasinya berhampiran dengan jalan utama di bandar raya ini. (Utusan Malaysia 16 Ogos 2008)

Komen saya:

Kalau alasan LAMNS mengalih kubur tersebut hanya semata-mata untuk mengelak pemandangan di kawasan itu nampak kurang elok memandangkan lokasinya berhampiran dengan jalan utama di bandar raya ini, maka saya harap pihak LAMNS cubalah meninjau di sekitar Jalan Pendrissen (Batu 4 dan Batu 5) kerana banyak lagi kubur yang terdapat sepanjang jalan tersebut dan tiada pula kedengaran pihak berkenaan mengalihkan kubur tersebut untuk menggelak pemandangan yang kurang elok. Malah di taman permainan Muzium Sarawak, ada kubur di dalam kawasan permaian dan rekreasi, dan tiada pun pihak mempertikaikan hal tersebut.Persoalan saya juga ialah kenapa LAMNS dan JAIS seolah tidak sepakat dalam hal tersebut?

Pix by The Star

Saturday, August 16, 2008

SPY: Satu Kemestian?

Maklumat daripada AFP, Formerly classified files on famous US ex-spies such as chef Julia Child, Arab-Israeli peace negotiator Ralph Bunche, and Hollywood actor Sterling Hayden were unveiled to the public Thursday by the National Archives. The 35,000 documents are part of a massive archive, much of which has been previously released, on the first-ever US wartime intelligence unit known as the Office of Strategic Services (OSS).The OSS was the precursor to the Central Intelligence agency (CIA), and its clandestine network sprung up in the 1940s, mainly in Europe and North Africa.

Justeru, pada saya sebaiknya kita sentiasa berhati-hati. Pelancong yang datang hampir setiap hari ke Malaysia mungkin ada dalam kalangan mereka adalah perisik. Sejarah membuktikan bahawa maklumat perisikanlah yang menjadi "senjata" utama dalam menguasai wilayah lain. Semenanjung Tanah Melayu, ketika dikuasai Jepun dan Pearl Harbour ketika dibom oleh Jepun.

Haji Hadi & Tok Guru

Gambar ini mungkin tidak disiarkan di akhbar arus perdana. A picture is worth a thousand words. An interface is worth a thousand pictures. Gambar ini diambil ketika Muktamar Tahunan PAS Ke 54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Pix by Reuters

Swearing on Quran not Islamic practice?

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said Mohd Saiful Bukhari Azlan’s move to swear on the Quran over his sodomy allegation was not in keeping with Islamic teachings. He said there was no requirement in the Quran that called on Muslims to hold the holy book while making a solemn declaration. (The Star).

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar. “Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri.
(http://drmaza.com/home/)

Can guilt or innocence be proven by mere words on a Holy Book, and not facts, evidence and solid proof? I’ve also heard that only the guilty who is desperate to prove his or her innocence will turn to the Holy Book. Is this the case for Saiful? (Susan Loone)

Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54. "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. (Harakah)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah. "Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah," katanya. (Malaysiakini)

Pendapat peribadi saya, jika media tidak keterlaluan memaparkan berita berhubung isu "wajarkah kedua orang itu bersumpah", maka mungkin isu tersebut terpadam dan lenyap menuruti peredaran masa. Jika kedua mereka merasakan dianiya, maka TUHAN ada untuk sebagai tempat meluah. Yang jelas, sama ada yang meliwat atau diliwat, bila bersumpah demikian caranya, dan seluruh Malaysia mengetahuinya, maka secara tidak langsung kita mendedahkan aib diri kita kepada rakyat Malaysia. Mungkin yang bersumpah ada alasan yang tersendiri, namun kita harus ingat Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pix by Reuters

P44: Lawan Tiga Penjuru


Warna biru keadilan mendominasi sekitar Maktab Tuanku Bainun, Penanti, lokasi penamaan calon bagi pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh, pagi tadi. Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi. Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), serpihan parti PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995.

Pix by AP & Susan Loone

Saturday, August 9, 2008

Satu Dunia Satu Impian


Fireworks explode during the opening ceremony of the Beijing 2008 Olympic Games at the National Stadium August 8, 2008 in this photo distributed by China's official Xinhua News Agency. The stadium is also known as the Bird's Nest. China commandeered the world stage on Friday, celebrating its first-time role as Olympic host with a stunning display of pageantry as the opening ceremony began at the Bird's Nest Stadium at 8pm. China welcomed scores of world leaders to the opening ceremony, watched by 91,000 people at the eye-catching stadium and a potential audience of 4 billion worldwide.

Friday, August 8, 2008

Cerita Jalur Gemilang

Sedikit cerita mengenai bendera Malaysia atau Jalur Gemilang, menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia. Sekadar pengetahuan am.

Bendera Malaysia berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kewujudan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sekarang telah mengambil alih bintang dan jalur yang suatu ketika dahulu menandakan wujudnya Singapura dalam Malaysia.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Keterangan gambar: Upacara Menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu kali Pertama.

Makan Luar Vs. Makan Dalam

55 peratus masyarakat negara ini lebih gemar makan di luar dan tidak menjaga pemakanan sehingga mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti jantung kronari, kencing manuis, darah tinggi dan barah. Disebabkan kuang penjagaan tersebut, kerajaan terpaksa memperuntukkan RM12.9 bilion pada tahun ini bagi menanggung kos perubatan disebabkan penyakit kronik yang berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menjaga pemakanan mereka. Tinjauan mendapati, penyakit kencing manis di negara ini meningkat daripada 8.3 kepada 14.9 peratus dalam tempoh 10 tahun. Manakala bagi orang dewasa yang mempunyai paras kolestrol tinggi ialah 20.6 peratus, katanya Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Jika hendak berjimat, maka makanlah bersama keluarga. Melaluinya kita bukan hanya berjimat, malah lebih banyak rahmat yang akan kita kerana kita lakukan dua perkara. Pertama, makan berjemaah bersama keluarga. Kedua, kita secara tidak langsung apabila makan berjemaah bersama ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadi fikirkanlah. Kepada yang hidup seorang diri, niat yang baik Allah pasti akan permudahkan dengan adanya usaha kita...Insya-Allah.

Foto Oleh Ilusi Kreatif

Thursday, August 7, 2008

Aku Bukan Penganggur...

Hari ini hari yang bertuah dan mencatat sejarah kepada seorang sahabat kerana bermula esok secara rasminya dia telah diterima berkhidmat secara rasmi dengan Kerajaan Malaysia....Tahniah

Terserah Pada Mahkamah...

Biar mahkamah menentukannya...selepas pengakuan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan - pemuda yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini Dato Sri Anwar dihadap ke mahkamah, dan hakim perbicaraan Hakim S.M Komathy, telah menetapkan kes tersebut didengar semula pada 10 September 2008.

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

10 Sept 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim today walked out of a court on RM20, 000 personal bond without surety after he pleaded not guilty to a charge of sodomising his former aide Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Berikut adalah kertas pertuduhan terhadap Anwar;

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Hakim menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes tersebut.

photo by Reuters

Memorandum Kebebasan Media

Patutkah anda diberitahu tentang KEBENARAN supaya anda
dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul?

Ini, nampaknya, tidak mungkin berlaku memandangkan hak anda untuk mengetahui kebenaran kini disekat 30 undang-undang yang membawa akibat yang serius. Di antaranya ialah :-

  • Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (“PPPA”) yang memberi Menteri Dalam Negeri kuasa mutlak untuk memutuskan siapa yang boleh mendapat permit penerbitan, bila untuk membatalkan atau menangguhkan permit itu, dan buku-buku mana yang harus diharamkan. Oleh itu beberapa akhbar utama terpaksalah menurut perintah dan mengamalkan penapisan diri.

  • Akta Rahsia Rasmi (“OSA”) yang merampas hak seseorang untuk mengetahui segala yang diperlakukan di pejabat-pejabat kerajaan, contohnya perkara-perkara seperti bagaimana duit cukai dibelanjakan dan sama ada kontrak-kontrak kerajaan diberi melalui tender yang sepatutnya.

  • Akta Hasutan yang membenarkan kerajaan menutup mulut para pengkritik dengan alasan-alasan bahawa mereka itu sengaja menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan dan mengancam harmoni social.

  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (“ISA”) yang membenarkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa perbicaraan untuk tempoh masa yang tidak dapat dipastikan dengan bertopengkan perlindungan keselamatan nasional.

  • Akta Komunikasi dan Multimedia (“CMA”) yang membenarkan penumpuan siaran media dikuasai oleh golongan-golongan yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak-pihak yang berkuasa.

Oleh yang demikian kita haruslah menuntut perubahan melalui reformasi undang-undang media dengan :-

  • mengadakan Jawatankuasa Parlimen yang terpilih untuk mengkaji semula semua undang-undang yang berkaitan dengan media serta memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan bercakap, kemudahan mendapat maklumat dan penguatkuasaan;

  • menangguhkan penguatkuasaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (“PPPA”) sebelum pemangsuhannya; dan

  • menggubal undang-undang Akta Hak Kebebasan Maklumat (“FOI”) di peringkat persekutuan dan negeri;

  • * Seorang ahli Parlimen dari pihak pembangkang teleh menyerahkan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa (“a private Member’s Bill”) dan beberapa kerajaan negeri sedang mengkaji penggubalan undang-undang FOI di negeri-negeri tersebut. Sejauh ini Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan panggilan untuk menggubal FOI, dan ada kemungkinan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa tidak akan dikemukakan kecuali menghadapi tekanan dari rakyat.

Anda boleh menukar situasi yang menyedihkan ini. Apa yang perlu ialah semangat politik yang kuat untuk menuntut perubahan. Pastikan suara anda didengar. Kebenaran tidak sepatutnya dirahsiakan.

Jika anda bersetuju, sila ke laman web berikut:

http://benar.org/endorse.asp